Navigation

  • Kangaroo Math Competition :

    Kangaroo Math Competition 2019Murid terlibat : 30 org murid Tingkatan 1 - 5 

    March 21-2019

  • Pertandingan Lestari Bahasa Daerah Maran.

    5 July 2018

    Keputusan Pertandingan Lestari Bahasa Daerah Maran.

    Johan Forum Remaja

    Johan Sahibba

    Tempat Ketiga Sahibba

    Pengerusi Forum terbaik dan Ahli Panel Forum terbaik

  • Kejohanan Takraw MSSD Maran

    12/2/2018

    Feb 12-14 2018

    Feb 12 - Kejohanan Sepaktakraw MSSD Maran 2018 telah diadakan pada 12-14 Febuari 2018. SMKJP telah menyertai dengan membawa 2 regu bagi setiap kategori bawah 15 dan 18.

    Pencapaian tahun ini lebih memberangsangkan bukan sahaja dengan penyertaan yang lebih ramai namun hanya dengan kekalahan tipis, pasukan A, bawah 18 tahun membawa kejayaan ke suku akhir dan agak menceriakan juga pasukan bawah 15 mengalami nasib yang sama.

    Tahniah kepada semua pemain yang gigih berusaha untuk menjuarai kejohanan, jurulatih - Cikgu Marzuki atas usaha dan kepakaran beliau melatih team ini sehingga membawa ke satu tangga yang lebih cemerlang. Terima kasih juga kepada semua yang terlibat dan memberikan sokongan penuh.

     

    Laporan oleh :

    Pengurus Pasukan

    Cikgu Lan

  • Kejohanan Badminton MSSD Maran

    12-14 Feb 2018

    Feb 12 - Kejohanan Badminton MSSD Maran telah berlangsung di Dewan Al-Falah, SMKJP sebagaimana tahun - tahun sebelumnya telah terpilih menjadi tuan rumah kejohanan ini. 

    Kejohanan yang berlangsung selama 3 hari dari 12-14 Febuari 2018, disertai oleh semua sekolah daerah Maran,

    Ulasan selanjutnya akan di update setelah laporan penuh diperolehi..

  • LADAP : 1

    Febuari, 14 

    Ladap 1 telah diadakan di Bilik Gerakan dengan penceramah oleh Pengetua sendiri , Pn Hjh Ramlah Mat Diah. Beliau menyampaikan bengkel berkaitan Halatuju Sekolah, Perancangan Strategik dan One Page Projek Manager (OPPM).

    Diikuti oleh 82 orang guru, Sesi bengkel berkumpulan sebagaimana Pdpc Abad 21, begitu meriah dengan membina kumpulan kerja mengikut bidang dan pembentangan mengikut station. 

     

  • Watikah Perlantikan Pemimpin

    Januari 22,   Watikah Perlantikan Pemimpin diadakan semasa perhimpunan rasmi di Dewan Al Falah  SMKJP, melibatkan semua pemimpin pelajar dari pendidikan khas sehinggalah Tingkatan 6. 

  • Merentas Desa

    Januari 19, Sekolah telah mengadakan Merentas Desa Peringkat Sekolah bagi tahun 2018. Lebih meriah acara ini kebetulan diadakan serentak oleh 3 buah sekolah berhampiran.

    Untuk memastikan keselamatan pelajar, penglibatan semua guru dan kakitangan dikerah memenuhi checkpoint dan juga marshal bermotosikal. Sebahagian besar melibatkan pengurusan sukan yang dibantu oleh pelajar tingkatan 6.

    Foto: Link dibawah

  • Kempen Ponteng Sifar

    Januari 8, Pelancaran Kempen Ponteng Sifar telah disempurnakan oleh Pengetua SMKJP, Pn Hjh Ramlah Mat Diah ketika perhimpunan rasmi. Penyerahan banner sebagai  tanda pelancaran kempen ini dijalankan sebagai satu usaha menyedarkan pelajar pentingnya menghadirkan diri kesekolah dan bahayanya ponteng kerana berupaya membawa kecenderungan kepada penglibatan pelbagai aktiviti yang tidak sihat. 

    Dalam ucaptama menyentuh tentang tatacara cuti bagi pelajar yang tidak dapat hadir kesekolah kerana kesihatan dan hal hal lain seperti kecemasan dan urusan keluarga.

    Namun ketidakhadiran tanpa pemakluman kepada pihak sekolah juga boleh dianggap sebagai ponteng. Walaubagaimanapun masalah ponteng bukanlah masalah yang begitu serius di sekolah ini.

News

Contact

  • SMK Jengka Pusat, Bandar Tun Abdul Razak Jengka, Pahang D.M
    Sekolah Kluster Kecemerlangan KPM
  • Tel : (+60) 09-467-7581
    Fax :(+60) 09-467-7580
    Email: cea9157@moe.edu.my

Photogallery