Navigation

Sejarah Ringkas

WUJUDNYA SMKJP

Ditubuhkan pada tahun 1979. Ketika itu tenaga pengajarnya hanya seramai 16 orang manakala bilangan murid pula seramai 236 orang. Pada awal penubuhannya, Sekolah Menengah Jengka Pusat (SMKJP) telah menumpang di bangunan Sekolah Rendah Kebangsaan Jengka Pusat dan berpindah ke bangunan sendiri pada tahun 1980. 

KELAS DAN ALIRAN

Pada tahun 1981, 240 orang calon telah menduduki peperiksaan SRP dengan mencatat kelulusan 70%.  Pada tahun 1982, anak didik sulung SMKJP ini telah melanjutkan pelajaran ke Tingkatan Empat. Seramai 61 orang mengikuti aliran sains manakala seramai 139 orang mengikuti aliran sastera. Jumlah pelajar ini bertambah pada tahun 1983 iaitu aliran sains seramai 66 orang manakala 145 orang pelajar aliran sastera, merupakan calon SPM pertama di SMKJP.

Pada tahun 1993, dua Kelas Tingkatan Enam Bawah telah dibuka. Seramai 72 orang pelajar telah menduduki peperiksaan STPM pada tahun 1994 dengan mencatat keputusan 100%. Pada tahun 1995, Kelas Aliran Agama (KAA) telah dibuka bagi pelajar tingkatan satu. Kelas ini menawarkan mata pelajaran Bahasa Arab untuk PMR.

Seterusnya SMKJP telah melakar sejarah sekali lagi apabila pada tahun 1998, Kelas Pendidikan Khas dibuka untuk pelajar-pelajar istimewa. Pada awal pembukaannya, hanya terdapat tiga orang pelajar dan seorang guru sahaja. Pada tahun 2003, seramai tujuh orang pelajar istimewa ini telah menduduki peperiksaan PMR dan telah berjaya ke Tingkatan Empat. Tahun 2011 bilangan muridnya mencapai 40 orang dengan 6 kelas.

ANUGERAH

Pada tahun 2006, SMKJP terpilih sebagai Sekolah Rancangan Khas yang menawarkan dua buah kelas aliran agama (KAA) dan dua buah kelas rancangan khas (KRK) kepada pelajar-pelajar lepasan UPSR yang  cemerlang. Pada tahun 2006 juga kelas tingkatan enam bawah aliran sains telah diwujudkan. 

Menggarap pencapaian yang konsistan selama beberapa tahun SMKJP telah dinobatkan sebagai  Sekolah Harapan Negeri pada tahun 2008 dan mewakili negeri ke pertandingan ”Sekolah Harapan Negara” dan selari dengan keadaan tersebut SMKJP dimasyhurkan sebagai sekolah pertama yang menerima anugerah Sekolah Bestari FELDA pada tahun 2009. 

Tahun 2013 Indeks Komposit meningkat kepada 86.7% dan Ranking NKRA naik kepada 158/2248. Tahun 2014 Indeks Komposit Jatuh Kepada 80.50% dan Ranking Sekolah berada pada 185/2248 disebabkan ketiadaan PMR dalam pengiraan. Pada Konvensyen Pendidikan dan Anugerah Kecemerlangan Pendidikan FELDA 2013 yang telah diadakan pada 28 hb Oktober hingga 30 hb Oktober, SMKJP telah dinobatkan sebagai  Sekolah Unggul FELDA.

Mulai 27 Jun 2014 SMKJP telah diistiharkan sebagai Sekolah Kluster Kecemerlangan KPM, Kohot 8 dengan dua kebitaraan iaitu Kurikulum: Pendidikan Islam dan Kokurikulum : Sukan Petanque. Pengiktirafan ini telah menjelmakan semangat dalam kalangan pelajar dan guru, hasilnya dalam Kebitaraan Petanque SMKJP telah mencapai 2 kejayaan diperingkat Antarabangsa iaitu Johan Master Triple Merlbourne Open , Australia, Ketiga Terbuka Palembang Indonesia dan Naib Johan Piala Malaysia Angkasa 2014.

Pada tahun 2015 meraih tempat Ketiga Dalam Kejohanan Petanque Terbuka Antarabangsa Sidney Australia. Tahun 2015, Kebitaraan Pendidikan telah menjalinkan Hubungan dengan Universiti Medan dan telah diterima sebagai Anak Angkat Universiti Sains Islam Malaysia.2016 SMKJP mendapat Anugerah Sekolah Terbaik FELDA peringkat negeri Pahang. SMKJP juga mendapat anugerah Finalist dalam Anugerah Kecemerlangan Jalinan SKK dengan UA 2016.

Kini, SMKJP mempunyai 20 buah kelas bagi Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5, 10 kelas Tingkatan 6 (6 Bawah dan 6 Atas) serta 5 kelas Pendidikan Khas. Mempunyai 83 orang guru serta 21 orang staf sokongan.

News

Contact

  • SMK Jengka Pusat, Bandar Tun Abdul Razak Jengka, Pahang D.M
    Sekolah Kluster Kecemerlangan KPM
  • Tel : (+60) 09-467-7581
    Fax :(+60) 09-467-7580
    Email: cea9157@moe.edu.my

Photogallery