Navigation

Aluan Pengetua

 

"Dialah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) -untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah antara kamu yang lebih baik amalnya: dan Dia Maha Berkuasa (membalas amal kamu) lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat), (Al-Mulk-2)

Segala puji-pujian hanya bagi Allah, selawat dan salam kepada junjungan Nabi Muhammad s.a.w dan seterusnya kaum keluarganya serta para sahabat dan para tabiin seluruhnya.

Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran kita panjatkan ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpahan rahmat dan inayah-Nya, maka kita telah sama-sama berjaya melabuhkan tirai pendidikan 2017 dengan pelbagai kejayaan dan penganugerahan. Kini, wacana pendidikan 2018 kita mulai dengan harapan dan iltizam yang tinggi serta keyakinan yang jitu bahawa kita akan sama-sama menggembleng tenaga dan menjana idea bagi memastikan kita berada di landasan yang betul demi melestarikan kegemilangan SMKJP yang telah kita genggam ini.

Sebagai penjana transformasi pendidikan, kita seharusnya sentiasa peka dan sedar bahawa cabaran dalam dunia pendidikan kini kian berganda. Kita seharusnya mampu bertindak sebagai “murabbi” yang peka dan sentiasa responsif terhadap transformasi pendidikan mutakhir yang dirangka melalui Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia,PPPM (2013-2025).

Sebagai ketua organisasi sekolah, saya mengharapkan pada tahun 2017 ini semua warga sekolah ,dapat memupuk budaya ketepatan masa dan berprestasi tinggi, iaitu sentiasa bersegera,, cekap dan berfikir positif. Hal ini selaras dengan program-program yang telah dilaksanakan seperti KBAT, i-THINK, Pedagogi Abad 21, TIMSS dan PISA serta pelbagai pembaharuan dalam sistem pendidikan yang menggunakan kaedah secara online.

Sehubungan dengan itu, kita harus menyedari bahawa masih banyak ruang kosong yang perlu dipenuhi dan masih banyak kekurangan yang memerlukan penambahbaikan Kita juga sewajarnya menyedari akan tanggungjawab besar yang harus untuk mencapai kejayaan yang diimpikan. Oleh itu ,ingin saya menyeru marilah kita bersama –sama meninta kata dalam irama yang sama , melangkah dalam derap yang sekata bagi merealisasikan agenda negara. Marilah kita meneruskan amalan budaya kerja cemerlang , sikap kebertanggungjawaban, istiqamah, berinovasi dan bermotivasi serta semangat mujahadah. Marilah kita bekerja sebagai satu pasukan kerana ‘Muafakat Membawa Berkat’,’Bersatu Kita Teguh, Bercerai Kita Roboh’. Insya-Allah , kejayaan akan bersama-sama kita.

Akhir kata, semoga sesi persekolahan tahun 2018 ini akan seiring dengan azam dan tekad bagi meningkatkan kualiti dan profesionalisme diri yang menuntut kepada perubahan bagi menjamin SMKJP akan dapat mencapai prestasi yang membanggakan dan akan melakar sejarah kejayaan yang gemilang dalam semua bidang, sama ada akademik, kokurikulum, sahsiah dan juga disiplin.

Sekian terima kasih dan selamat bertugas.

 

EN SHARIL AZNAN BIN MANSOR

Pengetua, SMK. Jengka Pusat

 

News

Contact

  • SMK Jengka Pusat, Bandar Tun Abdul Razak Jengka, Pahang D.M
    Sekolah Kluster Kecemerlangan KPM
  • Tel : (+60) 09-467-7581
    Fax :(+60) 09-467-7580
    Email: cea9157@moe.edu.my

Photogallery